Walaupun lagu Bencinta layak ke final AJL24, tetapi ramai mengatakan Shila telah merosakkan lagu itu

on Saturday, December 5, 2009


SHILA memohon maaf kepada peminat Faizal kerana gagal menyampaikan lagu Bencinta dengan sempurna.

Tirai separuh akhir Anugerah Juara Lagu Edisi Ke-24 (AJL24) telah pun berlabuh pada 20 November lalu dengan 14 buah lagu telah disenaraikan ke peringkat final pada 10 Januari depan di Stadium Putra, Bukit Jalil.

Namun, masih ada yang kurang senang apabila lagu Bencinta ciptaan Faizal Tahir dan Audi Mok yang sepatutnya dinyanyikan oleh Faizal pada malam terakhir separuh akhir AJL24 dinyanyikan oleh penyanyi muda, Shila.

Semuanya gara-gara Faizal dimasukkan ke hospital disebabkan menghidap jangkitan kuman pada parau-paru atau pneumonia.

Selepas persembahan Shila di separuh akhir AJL24, ramai pihak mendakwa keputusan pihak pengurusan Faizal, Monkey Bone memilih Shila menggantikan Faizal adalah tidak tepat kerana dia dikatakan merosakkan lagu itu meskipun lagu Bencinta layak untuk bertanding di peringkat final.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. Mungkin itulah yang dihadapi oleh Shila. Persetujuannya dalam masa yang singkat menggantikan tempat rakan serta idolanya diakhiri dengan kecaman.

Menyelami perasaan anak dara kepada penyanyi N.D Lala yang baru berusia 19 tahun itu sememangnya hatinya terluka menerima kecaman yang melampaui batas. Namun tidak semua orang tahu apakah sebenarnya terjadi sebelum malam pertandingan separuh akhir AJL24 berlangsung. Ikuti temu bual Kosmo! bersama Shila.

Kosmo!: Walaupun lagu Bencinta layak ke final AJL24, tetapi ramai mengatakan Shila telah merosakkan lagu itu. Apa komen Shila?

Shila: Saya bukan Faizal, tidak adil untuk membandingkan saya dengannya yang mempunyai vokal hebat. Saya mengaku diri saya tidak sempurna tetapi saya sudah buat yang terbaik. Itu pandangan masing-masing nak kutuk saya atau puji, saya tidak kisah. Kalau kritikan keluar daripada mulut mereka yang mempunyai ilmu muzik, saya hormatinya. Tetapi kalau komen keluar di blog dan forum di Internet, ia tidak boleh dipakai. Saya lebih suka komen yang berfakta berserta bukti dan kata-kata yang memberi tunjuk ajar untuk saya tingkatkan diri.

Apabila dikritik teruk sebagai penghancur lagu tidakkah Shila rasa ia menjejaskan reputasi Shila sebagai seorang penyanyi?

Saya tidak pernah rasa itu satu kekurangan dan saya tidak pernah menyesal dengan apa yang saya buat. Saya ambil ia dari sudut positif, mungkin ini titik tolak untuk saya menjadi lebih baik. Bukan semua orang sukakan saya dan bukan semua orang bencikan saya juga. Terpulanglah.

Maknanya, Shila tidak kisah dikutuk teruk?

Begini, bagi saya lebih bagus orang berkata sesuatu tentang diri saya daripada tidak ada langsung. Itu menunjukkan orang mengambil berat dan perhatikan apa yang saya lakukan. Saya faham perasaan peminat Faizal yang kecewa apabila melihat saya di atas pentas bukannya Faizal. Kalau diberi masa yang cukup saya yakin boleh buat lebih baik.

Apakah perasaan Shila bila dianggap sebagai penghancur lagu?

Sebagai manusia biasa tipulah kalau saya tidak terasa langsung. saya berfikiran positif. Buat apa nak peningkan kepala dengan mereka yang bercakap dengan bahasa yang rendah.

Boleh ceritakan apa sebenarnya yang berlaku sepanjang proses sebelum hari pertandingan?

Hari pertandingan itu adalah pada Jumaat (22 November) dan saya dapat tahu tentang pemilihan menggantikan Faizal pada Rabu malam. Esoknya pada hari Khamis saya hanya sempat buat latihan sekali, sound check sekali dan dua kali raptai. Jumaat terus nyanyi. Lagu itu lagu lelaki dan saya akui lagu itu memang susah.

Kalau begitu mengapa masih terima untuk menggantikan Faizal?

Apabila pihak Monkey Bone menghubungi saya meminta untuk menyanyikan lagu Bencinta mula-mula saya agak berat tetapi fikir balik apa salahnya. Saya pun sukakan lagu itu dan Faizal antara orang yang rapat dengan saya.

Apa komen Faizal dan Audi Mok sejurus Shila menyanyikan lagu Bencinta di separuh akhir AJL24?

Faizal ada hubungi saya satu jam sebelum persembahan dia ada pesan pada saya jangan tertekan dan minta saya jadi diri sendiri serta nyanyikan lagu itu dengan cara saya sendiri. Audi ada hubungi saya selepas persembahan dan katakan tahniah kerana dia dapat dengar lagu Bencinta versi wanita yang berbeza. Bagi saya kalau penciptanya sendiri sudah cakap begitu, komen yang lain tidak perlu diambil peduli.

Jika ditakdirkan Shila yang akan membawakan lagu Bencinta pada final nanti adakah Shila sudah bersedia?

Saya tidak boleh cakap sekarang kerana menyerahkan semuanya pada Monkey Bone. Saya doakan agar dia cepat sembuh, harap dia yang akan menyanyi di pentas final sebab saya salah seorang peminatnya, lagu itu memang berbeza kalau dia yang menyanyikannya. Tetapi kalau kena ganti saya tidak keberatan.


iskandarX: Kira ok la Shila boleh ganti tempat Faizal Tahir tu. Kalau tak da shila sape nak ganti??

Shila Ditegur Pembawaan "Bencinta" Hancur

"Shila sudah buat yang terbaik. Malah Faizal (Tahir) ada hubungi Shila sebelum 'show' untuk beritahu 'no pressure'. Walau apapun keputusannya, dia menyokong Shila sepenuhnya," jawab gadis berusia 19 tahun ini tentang komen yang persembahannya “hancur” ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik malam tadi, dimana dia membawa lagu Faizal, “Bencinta”.

"Katanya, semua bergantung pada rezeki. Tak kira siapa yang nyanyi, kalau tak masuk, tak masuklah. Tapi dia percaya Shila boleh lakukannya. Shila tak boleh puaskan hati semua orang. Akan ada yang suka dan ada juga yang tak suka. Kepada yang tak suka, Shila akan lakukan yang lebih baik lagi selepas ini. Tapi buat Shila, Shila puas dengan persembahan Shila."

Hanya sempat berlatih tiga kali, sehari sebelum persembahan, Shila yang tidak pernah menyanyikan lagu "Bencinta" walaupun secara suka-suka, memberitahu dirinya turut terkejut bila Faizal dan Audi Mok, selaku komposer, memberinya tanggungjawab untuk mempersembahkan lagu itu di Separuh Akhir Muzik-Muzik.

Kongsinya, dia tertanya juga kenapa dipilih tetapi kerana tidak mahu menghampakan kedua kawan baiknya, dia terima.

"Tapi sebelum Shila terima, Shila dah banyak bertanya orang-orang di sekeliling termasuk papa, okay ke Shila terima. Lagu ini bukan senang untuk dinyanyi. ‘Range’ dan ‘key’-nya memang ditulis khas untuk Faizal Tahir dan tidak diubah pun untuk Shila. Shila yang perlu sesuaikan vokal Shila dengan ‘key’ lagu."

Ditanya jika dia mahu mempersembahkan lagu ini di pentas AJL24 nanti, jika kesihatan Faizal masih tidak mengizinkan, kata Shila, "Ia satu penghargaan yang besar buat Shila tetapi sebagai peminat Faizal Tahir, Shila lebih suka jika dia yang menyanyikan lagu ini."

Menurut Pengurus Produksi Hiburan Primeworks Studio, Fadzliniza Zakaria, jika Faizal sudah sembuh sebelum malam AJL24, dia akan diberi peluang untuk mempersembahkan lagunya. Namun, jika kesihatannya tidak mengizinkan, labelnya iaitu MonkeyBone akan menentukan siapa yang bakal mempersembahkan lagu "Bencinta" di AJL24 nanti.

iskandarX: ala shila reliks sis, dorang boleh katakan apa saja, tak sedapla, hancurla tapi suruh dorangpulak yang menyanyi?? lagi hancusss leburrr...!!!

Tak Adil Bandingkan Saya Dengan Faizal’ - Shila

Shila akui membawakan lagu Bencinta ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Faizal sendiri itu sememangnya cukup mencabar buat dirinya

KETIKA menerima tawaran untuk menggantikan penyanyi asalnya, Faizal Tahir bagi membuat persembahan di separuh akhir Muzik-Muzik malam tadi, Shila sudah bersedia untuk menerima pelbagai kritikan daripada peminat-peminat penyanyi itu.

Membawakan lagu Bencinta ciptaan Audi Mok dan lirik oleh Faizal sendiri itu sememangnya cukup mencabar buat dirinya apatah lagi lagu tersebut popular di ‘tangan’ Faizal.

Namun, misi Shila pada malam itu adalah untuk menyempurnakan tanggungjawab dan kepercayaan yang diberikan oleh Audi dan Faizal sebaik mungkin serta berharap peminat-peminat penyanyi itu tidak membandingkan dirinya dan Faizal.

Ternyata, walaupun hanya mempunyai masa latihan yang singkat, Shila akui dia sudah melakukan yang terbaik dan tumpang berbangga apabila lagu itu berjaya mara ke Anugerah Juara Lagu ke-24 (AJL24) bersama 13 buah lagu lain yang akan berlangsung pada 10 Januari depan di Stadium Putra Bukit Jalil.

“Audi dan Faizal hubungi saya sendiri dan minta saya ganti menyanyikan lagu ini. Saya memang terkejut pada mulanya kenapa saya yang diberi peluang ini.

“Tetapi saya tidak kisah untuk lakukannya kerana mereka adalah kawan saya. Mereka juga pesan supaya tidak perlu rasa tertekan. Apapun, saya sudah buat yang terbaik. Kalau ada yang tidak suka persembahan saya tadi, saya tidak boleh cakap apa.

Faizal tetap mempunyai peluang untuk kembali beraksi di AJL24, bergantung kepada keadaan kesihatannya

“Cuma bagi saya, tidak adil bandingkan saya dengan Faizal kerana saya suara perempuan, dia suara lelaki,” kata Shila pada sidang media setelah berakhirnya program itu di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

Shila dipilih menggantikan Faizal pada saat-saat akhir setelah penyanyi itu dimasukkan ke hospital beberapa hari lepas sebaik mengadu sakit dada. Faizal kini masih ditahan di hospital untuk rawatan lanjut selepas mendapati muntahnya turut mengandungi darah.

Pemeriksaan awal mendapati penyanyi itu mungkin terkena jangkitan kuman pada paru-parunya.

Dalam pada itu, ditanya andai kata dia masih diberikan peluang untuk beraksi di malam kemuncak AJL24 nanti, Shila yang merupakan naib juara One In A Million musim kedua ini berkata:

“Jika diberi peluang untuk menyanyi di peringkat akhir nanti, saya akan terus memberikan yang terbaik untuk lagu tersebut dan pastinya saya mempunyai masa untuk membuat persiapan.”

Mengulas lanjut tentang perkara itu, Pengurus Produksi Hiburan Primeworks Studio, Fadzliniza Zakaria berkata, Faizal masih berpeluang untuk mengambil semula ‘tempatnya’ pada AJL24 nanti jika sudah sembuh dan boleh melakukan persembahan.

“Kalau boleh, memang kita mahukan Faizal sendiri yang beraksi pada malam ini, tetapi nak buat macam mana kerana pada saat akhir, dia mengalami masalah kesihatan dan tempatnya terpaksa digantikan dengan orang lain.

“Tetapi untuk peringkat akhir nanti, jika dia sudah sembuh, kita akan beri peluang kepadanya untuk beraksi semula. Andai kata ketika itu dia masih belum sembuh, ia terpulang kepada pihak syarikat rakaman naungannya, Monkey Bone untuk membuat keputusan,” katanya.

Single Sha-Hila - Saat Bahagia 2005

on Friday, December 4, 2009



First Single From Shila

Nur Shahila Amir Hamzah



Nur Shahila Amir Hamzah, atau lebih dikenali sebagai Shila, ialah seorang penyanyi Malaysia yang mengangkat namanya sebagai naib juara musim kedua pertandingan nyanyian realiti One in a Million. Shila merupakan anak kepada penyanyi terkenal bergelar ND Lala.

Biografi


Shila sudah lama menceburi bidang nyanyian sebelum menyertai OIAM. Mula-mulanya beliau memakai nama gelaran Shila Tekno selaku penyanyi kanak-kanak, kemudian beralih ke nama Sha-Hila ketika berusia remaja muda lagi. Nama gelaran "Shila" diberi oleh pihak penganjur OIAM sebagai kod undian SMS. Pada malam Grand Finale OIAM2, Shila diberi lagu baru bertajuk Memori Tercipta sebagai taruhan untuk merebut gelaran juara. Beliau tewas kepada Norayu Damit, namun kedua-dua mereka tetap diberi kontrak rakaman oleh Monkey Bone Records yang diketuai Ahmad Izham Omar.
Sungguhpun begitu, Shila akhirnya merasa kemenangan di pesta Penang Shanghai World Star Quest 2008 yang diadakan di Pulau Pinang, dua bulan selepas OIAM di mana beliau menghadapi saingan dari penyanyi-penyanyi luar negara. Di sinilah beliau memenangi dua anugerah pertamanya sebagai artis rakaman, iaitu Anugerah Emas dan Lagu Terbaik.




Shila telah berkolaborasi dengan Dafi dari Akademi Fantasia 5 dalam pembikinan lagu baru Rentak Optimis akhir-akhir ini. Lagu baru ini dicipta khas oleh Coca-Cola sebagai lagu tema kempen iklan baru jenama gergasi ini.





Diskografi


Album

  • Sha-hila (EMI, 2005)
  • Ost 5 Jingga (EMI, 2008)
  • Bebaskanlah (MonkeyBone, 2009)

Single


Anugerah


  • Bintang Kecil
    • Tempat Kedua (Ibu)
  • One In A Million Season 2
    • Tempat Kedua (Stuck, Opps I Did It Again, Memori Tercipta)
  • Penang Shanghai World Star Quest 2008
    • Anugerah Emas
    • Lagu Terbaik (Memori Tercipta)