Shila Ditegur Pembawaan "Bencinta" Hancur

on Saturday, December 5, 2009

"Shila sudah buat yang terbaik. Malah Faizal (Tahir) ada hubungi Shila sebelum 'show' untuk beritahu 'no pressure'. Walau apapun keputusannya, dia menyokong Shila sepenuhnya," jawab gadis berusia 19 tahun ini tentang komen yang persembahannya “hancur” ketika Separuh Akhir Muzik-Muzik malam tadi, dimana dia membawa lagu Faizal, “Bencinta”.

"Katanya, semua bergantung pada rezeki. Tak kira siapa yang nyanyi, kalau tak masuk, tak masuklah. Tapi dia percaya Shila boleh lakukannya. Shila tak boleh puaskan hati semua orang. Akan ada yang suka dan ada juga yang tak suka. Kepada yang tak suka, Shila akan lakukan yang lebih baik lagi selepas ini. Tapi buat Shila, Shila puas dengan persembahan Shila."

Hanya sempat berlatih tiga kali, sehari sebelum persembahan, Shila yang tidak pernah menyanyikan lagu "Bencinta" walaupun secara suka-suka, memberitahu dirinya turut terkejut bila Faizal dan Audi Mok, selaku komposer, memberinya tanggungjawab untuk mempersembahkan lagu itu di Separuh Akhir Muzik-Muzik.

Kongsinya, dia tertanya juga kenapa dipilih tetapi kerana tidak mahu menghampakan kedua kawan baiknya, dia terima.

"Tapi sebelum Shila terima, Shila dah banyak bertanya orang-orang di sekeliling termasuk papa, okay ke Shila terima. Lagu ini bukan senang untuk dinyanyi. ‘Range’ dan ‘key’-nya memang ditulis khas untuk Faizal Tahir dan tidak diubah pun untuk Shila. Shila yang perlu sesuaikan vokal Shila dengan ‘key’ lagu."

Ditanya jika dia mahu mempersembahkan lagu ini di pentas AJL24 nanti, jika kesihatan Faizal masih tidak mengizinkan, kata Shila, "Ia satu penghargaan yang besar buat Shila tetapi sebagai peminat Faizal Tahir, Shila lebih suka jika dia yang menyanyikan lagu ini."

Menurut Pengurus Produksi Hiburan Primeworks Studio, Fadzliniza Zakaria, jika Faizal sudah sembuh sebelum malam AJL24, dia akan diberi peluang untuk mempersembahkan lagunya. Namun, jika kesihatannya tidak mengizinkan, labelnya iaitu MonkeyBone akan menentukan siapa yang bakal mempersembahkan lagu "Bencinta" di AJL24 nanti.

iskandarX: ala shila reliks sis, dorang boleh katakan apa saja, tak sedapla, hancurla tapi suruh dorangpulak yang menyanyi?? lagi hancusss leburrr...!!!
Ranking: 5

{ 0 comments... read them below or add one }

Post a Comment